Kehilangan anggota badan mungkin mencetuskan tindakbalas psikologi seperti kesedihan, di mana akan menjurus kepada kemurungan. Hal ini bukan sesuatu yang baharu dan dapat diatasi dengan bantuan yang betul daripada pihak prostetik dan penjaga pesakit.
Kesan Psikologi Pemotongan
Sebahagian petunjuk kepada kemurungan merangkumi:
• Perubahan jadual pemakanan; sama ada berlebihan atau tiada pengambilan
langsung
• Kurang berminat
• Meragam/terlalu bersemangat
• Perubahan waktu tidur
• Kurang motivasi
• Perasaan terpinggir – merasa tersisih dari persekitaran sosial
• Pengabaian terhadap kehidupan dan keadaan sekeliling
Penerimaan Psikologi terhadap Pemotongan
Sebahagian besar, terdapat empat fasa berbeza terhadap pemotongan.
Peringkat Pra-operasi
Seperti tersebut, peringkat ini adalah sebelum aktiviti pemotongan
berlaku. Sekiranya terdapat peluang untuk pesakit bersedia secara intelektual
bagi menjalani prosedur perubatan, adalah keadaan di mana mereka mengharapkan
kurangnya penderitaan dan dalam penerimaan.
Walau bagaimanapun, terdapat sisi lain di mana pesakit akan
merasa gelisah dan khuatir terhadap:
• Perubahan secara keseluruhan
• Bagaimana mereka dipandang oleh masyarakat
• Kehilangan dorongan seksual / keakraban kerana kritikan
Peringkat Pasca-operasi Pantas
Pada peringkat ini, pesakit seringkali menghadapi:
• Kukusutan dan penderitaan
• Penyesuaian norma kehidupan baharu
• Kerisauan tiada penerimaan masyarakat
Pemulihan di dalam Hospital
Merupakan peringkat asas, dengan kesan sepenuhnya terhadap pemotongan:
pesakit, rakan dan keluarga, dan staf klinik perubatan. Peringkat di mana
penafian berlaku, dan seringkali membingungkan orang sekeliling; pesakit
mungkin ingin berusaha dengan lebih baik atau memperbaiki diri. Berkemungkinan
juga ada sedikit perubahan adrenalin; namun, secara berkala disebabkan oleh
kemerosotan serotonin, meninggalkan pesakit dalam kesedihan dan kepiluan.
Bagaimana melakukan pemulihan kendiri di rumah
Apabila pesakit berada di rumah, peringkat terakhir mungkin
mencapai fasa kedua penerimaan. Hakikat ini tidak terjangka di mana pesakit
akan berasa lebih murung dan sedih. Hal ini menyebabkan kekecewaan, keresahan
dan sebagainya.
Bagaimana untuk Mengatasi Kemurungan
Selepas Pemotongan
Ingatlah bahawa manusia mampu menerima persekitaran baharu.
Ramai individu telah mengatasi dilema pemotongan, dan pelbagai agensi turut boleh
menawarkan bantuan yang betul
Contact Info:
Author Name: Sudarsan Swain
Visit us: https://artalive.com.my/
No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia
Email: info@artalive.com.my
Contact: +60 3-4032 4273