Showing posts with label Tangan Palsu. Show all posts
Showing posts with label Tangan Palsu. Show all posts

Friday, October 28, 2022

Bantuan Prostetik bagi mereka yang kehilangan Anggota Badan.

 Kemungkinan besar, ujian yang paling ketara yang dihadapi oleh kebanyakan OKU yang mengalami

amputasi atau kekudungan badan adalah untuk bergerak. Sebab utama tangan atau kaki seseorang itu

diamputasi adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka. Walaubagaimanapun tragedi geri ini bukan

bermaksud kehidupan mereka berakhir. Dengan bantuan teknologi prostetik terkini , mereka dapat

meneruskan semula kehidupan mereka dengan tidak menghiraukan kehilangan kaki atau tangan

mereka. Mereka dapat kembali berkerja dan hidup secara normal.



Peralatan Prostetik harus memenuhi keperluan anda.

Peralatan prostetik harus direka secara khas mengikut keperluan pesakit tetapi ada syarikat-syarikat

anggota tiruan yang memberi peralatan “ready made” atau “one size fits all”. Peralatan seperti ini tidak

akan memberi keselesaan dan fungsi yang diperlukan. Misalnya ada pengguna anggota tiruan yang akan

reda bahawa mereka tidak dapat mengawal kaki palsu mereka tetapi ianya tidak benar. Mereka dapat

mengawal kaki palsu tersebut dengan menggunakan otot dan sendi yang sedia ada. Kawalan ini dapat

dicapai secara sepenuhnya dengan pemulihan fisioterapi dan latihan “gait’ yang diberikan oleh pasukan

rehabilitasi. Namun pelbagai pesakit tidak dapat mecapai tahap ini kerana dipasang dengan anggota

tiruan yang bermutu rendah.

Sebilangan besar individu yang mengunakan peralatan prostetik & ortotik yang bermutu rendah akan

terdedah kepada bahaya yang tidak terhingga dan juga terpaksa membaiki peralatan tersebut secara

kerap. Oleh kerana kesilapan pembuat kaki atau tangan palsu yang tidak bertauliah ini, rehabilitasi

pesakit tidak dapat dilengkapakan . Oleh kerana ini , kesemua OKU harus memilih pakar prostetik & ortotik (Cerfified Prosthesist & Orthosist) yang mempunyai ijazah dalam bidang prostetik & dan ortotik.

Mereka juga harus mempunyai perakuan International Society of Prosthetics & Orhtotics (ISPO) atau

badan-badan yang setarafnya.



  • Apabila anda memilih peralatan prostetik, besar kemungkinan anda telah membuat kajian

secara atas talian tetapi diskusi dengan pakar prostetik & ortotik mengenai kemusykilan dan

kajian anda amatlah penting.

  • Dengan adanya pelbagai jenis teknologi didalam bidang prostetik & ortotik , anda mungkin

dihujani dengan terlalu banyak maklumat. Maklumat yang banyak ini mungkin mengelirukan

anda. Namun diskusi terperinci dengan pakar P&O dapat membantu anda memilih peralatan

yang paling sesuai mengikut tahap aktiviti dan bajet anda.


Ianya disarankan bahawa anda membawa rakan atau saudara yang dipercayai ketika anda memulakan

perjalanan mencari anggota tiruan yang sesuai. Ingatlah bahawa ada peralatan pengganti yang sesuai

untuk hampir semua keadaan yang dapat dibayangkan oleh anda. Penjagaan ortotik juga merupakan

komponen penting setelah anda memakai anggota tiruan yang sesuai.

Contohnya, bagi wanita yang menjalani mastektomi kerana tidak sesuai untuk menjalani prosedur

rekonstruktif payudara . Prostetik payudara adalah sesuatu yang memberikannya keharmonian kepada

jiwa setelah kesukaran yang dialami.

Terdapat pelbagai ortotik dan prostetik yang dibuat secara khas untuk keadaan sedia ada anda dan

peralatan ini dapat direka untuk memberikan rupa kosmetik yang sama seperti sebelum anda

mengalami amputasi. Dengan ini, rupa estetik yang diidami dapat dicapai.


Pada kesimpulannya, prostetik yang bermutu tinggi dapat mengembalikan keupayaan dan daya

bergerak penuh kepada pemakainya. Misalnya, kaki palsu yang baik dapat membantu seseorang pulih

keupayaannya untuk berjalan tanpa menggunakan tongkat.

Selalunya tangan dan lengan tiruan yang murah hanya dapat memberi fungsi aktiviti terhad Pada era

teknologi maklumat ini , teknologi klinikal berkembang dengan cepat dan pelbagai prototaip tangan

baru dicipta. Anggota tangan tiruan yang berteknologi tinggi ini dapat membuat pelbagai jenis

pengerakan semula jadi seperti memutar, membuka, atau menutup secara sendiri.

Jelasnya bahawa dengan kemajuan teknologi, tidak lama lagi ia akan sukar untuk mengenalpasti bahawa

seseorang itu memakai anggota tiruan atau tidak. Dengan ini , perkataan OKU dapat secara benarnya

ditukar kepada orang-orang istimewa.


Contact Info:

Author Name: Sudarsan Swain

Visit us: https://artalive.com.my/

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email: info@artalive.com.my

Contact: +60 3-4032 4273


Tuesday, September 13, 2022

Memahami Stoking Baki Anggota

Pemakaian stoking baki anggota adalah digalakkan sebelum penggunaan prostetik. Ini akan melindungi kulit dan memberikan kelembutan, mengurangkan geseran serta mengetatkan soket. Ia terdapat dalam pelbagai jenis kain, corak dan kualiti.

Pemakaian stoking baki anggota pada kulit adalah penting untuk melindunginya, juga untuk meningkatkan keselesaan semasa penggunaan prostesis dengan menambahkan kusyen dan penyerap peluh. Apabila penggantian anggota anda di pasang, anda juga akan menerima sepasang stoking bagi baki anggota.

Mari memahami stoking baki anggota dengan lebih baik melalui penulisan di blog ini:

Jenis Stoking Baki Anggota

Terdapat panjang stoking baki anggota yang berbeza (juga dalam pelbagai jalur warna). Ketebalannya juga boleh dilaraskan.

Stoking Tuala Terry: Gumpalan kain dalam stoking Tuala Terry ini agak padat.

Stoking Kapas: Separuh daripada ketebalan Tuala Terry.

Stoking Berbulu: Sebelum kewujudan stoking Tuala Terry, golongan amputasi yang memakai anggota palsu menggunakan stoking berbulu, iaitu sejenis stoking yang paling tebal. Kini, ia diberikan secara umum kepada mereka yang baru menjalani amputasi.

Stoking Nilon: Sangat nipis dan selesa pada kulit bagi golongan diamputasi. Ia mudah untuk dimasuk dan dikeluarkan dari soket plastik atau mengeluarkan pelapik daripada soket ketika menanggalkan anggota palsu, ia sering digunakan pada pelapik lembut busa.

Stoking Gel: Sejenis stoking dikenali sebagai Silipos atau Dermasil, adalah stoking yang berasaskan gel. Disarankan untuk mereka yang baru diamputasi dan menderita isu spesifik pada baki anggota.

 Stoking dengan Pengecut Baki Anggota (Juga dikenali sebagia Juzo): Apabila anda tidak memakai anggota palsu, anda perlu menggunakan stoking elastik berwarna coklat yang disebut sebagai stoking pengecut baki anggota. Stoking ini membantu mengekalkan kontur dan mengurangkan bengkak pada baki anggota. Berkemungkinan anda akan diberikan stoking ini setelah anda menjalani amputasi.

 Ini adalah beberapa jenis stoking yang sedia ada untuk anda. Pakar perubatan akan memberi saranan stoking yang memberi keselesaan pada pemakaian prostetik anda. Kunjungi Artlive untuk maklumat lanjut.


Feel free to Contact us

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Mail ID - info@artalive.com.my

Phone- +60 3-4032 4273

Monday, January 10, 2022

PenyelesaianuntukPelbagai Jenis PenjagaanTapak Kaki

Terdapatpelbagaijenisprodukpenjagaantapak kaki di Artalive, di mana peralatandiberikanbergantungkepadakeadaantapak kaki individutersebut. Antara keadaan yang bolehdirawattermasukadalahsakitpada lengkungantapakkaki, sakitbelakang, bunion, kematu,ketuat, sakit pada titikimpak,sakitlutut,tapakkaki berbau dan berpeluh, masalah kuku sepertimasalahpertumbuhan kukuluarbiasa, kuku kaki tumbuhkedalam, kulitkering dan kasar, lukadisebabkangeserankasut, lenguh dan sakit kakisertapelbagailagi. 

Penjagaanortotikmerupakanfaktorpentinguntukmenyelesaikanmasalahtersebut,makaamatlahpentinguntukmendapatbantuanpakarortotik.


Sakit pada lengkungantapakkakibiasanyaterjadisemasaberjalan. Ini adalahmasalah bio-mekanikalbiasa pada bahagianlengkungantapakkaki individu kerana melibatkanaktivitimeletakkanbeban pada tapakkaki. Pergerakan yang mengakibatkantekananmenjadikankesakitanlebihteruk dan membebankanlengkunganplantar . Rasa ketidakselesaan yang muncul juga bolehmenyebabkantimbulnyamasalah kaki yang lain. Di Artalive, produkpenjagaan kaki yang disarankanuntuksakit pada lengkungantapak kakiadalahjenis gel uli.Geluliinidigunakanuntukmengurangkansakityangdisebabkanolehtekanan, keletihan dan kekejangan pada tapakkaki. 

Untuksakitbelakang, gel tersebutdapatmembantumengurangkansakit pada bahagianototbelakang.

Setiapindividuataupesakit yang dijaga oleh kami mempunyaitempatkhas di dalamkehidupan kami dan menjagaindividuataupesakittersebutadalahtugasutama kami. Oleh itu, kami membawakanpelbagaijenisprodukuntukpenjagaantapakkaki yang akanmemberikankeselesaankepadaanda. Ahli prostetik dan ortotikantarabangsakami akanmenyediakanproduk dan khidmat yangterbaikkepadaanda.

EVA Trico – Terdiridaripadagabunganlapisanatas, tengah dan lapisanbawah yang memberikankeselesaansertapenjagaan pada tapakkaki anda.

EVA Duo – Lapisantambahandireka pada blokjenisiniuntukmemberikanperlindunganmenyeluruhkepadatapakkaki anda.

EVA Combi – Bahagianhadapanblokinidirekauntukmelindungibahagianhadapantapak kaki dan memberikansokonganpenuh.

EVA Mono – Blok initerdiridaripadasatulapisantahanretak yang 

direkauntukmemberikanperlindungansepenuhnyaterhadaptapakkaki anda.

EVA Hybrid – Merupakanciptaanbaharu yang melindungitapak kaki denganlapisannipistetapitetapmemberikanpenjagaankomprehensif.

Pakar ortotik yangdiperakuikami pastinyamembawamanfaat dan keselesaankepadaanda, namunandalah yang harusmengambillangkahpertamauntukmenghubungipakar kami untukmendapatkanmanfaat dan keselesaantersebut. Khidmatortotikadalahprosedur yangdigunakan oleh doktorberpengalamanuntukmemberibantuan yang sepatutnya. 

Anda hanyaperlumencaripakarsecaradiatastalian dan dapatkanbantuan yang andaidamakan.


Contact Info:

Visit us: https://artalive.com.my/

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

E-Mail: info@artalive.com.my

Contact: +60 3-4032 4273

Author: Artalive

Monday, August 2, 2021

Cara-Cara Mendapatkan Kaki atau Tangan Palsu Secara Percuma

Malaysia sebagai negara penyayang dan direstui kurniaan Allah s.w.t sentiasa berusaha untuk menjaga dan membela Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi seorang yang telah mengalami amputasi kaki atau tangan. Cara termudah untuk mereka pulang ke kehidupan biasa adalah untuk memakai kaki atau tangan palsu.


Walaubagaimanapun untuk seorang yang tergolong dalam kalangan B40, kos pembelian kaki atau tangan palsu ini mungkin menjadi suatu masalah. Kos permulaan kaki palsu yang sederhana bermula daripada RM 3,500 dan RM 4,500 bagi tangan palsu dan dapat mencecah ke ratusan ribu ringgit.

Untuk membantu golongan ini , kerajaan Malaysia melancarkan pelbagai skim untuk membantu golongan ini untuk mendapatkan anggota tiruan ini secara percuma.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anggota tiruan percuma ini?

Langkah pertama yang perlu diambil oleh seorang yang ingin mendapat bantuan ini adalah untuk mendapatkan surat rujukan ke Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital- Hospital Utama Kerajaan daripada klinik komuniti kerajaan atau swasta.

Dengan surat rujukan ini , pesakit ini akan diberikan temujanji untuk mendapat konsultasi dari pakar rehabilitasi . Pakar tersebut akan meneliti keadaan pesakit tersebut dan mengesyorkan kaki atau tangan palsu yang sesuai dipakai. Pengesyoran ini selalunya akan dibuat bersama dengan Pakar Prostetik & Ortotik.

Pada ketika ini ,pesakit harus memaklumkan kepada pakar tersebut keadaan kewangan mereka dan meminta bantuan anggota tiruan.

Dengan ini , doktor tersebut akan merujuk pesakit kepada Jabatan Sosial Kerja Perubatan untuk menemuramah dan mendapatkan kepastian bahawa pesakit tersebut benarnya memerlukan bantuan.

Setelah kepastian dicapai , bantuan akan diproses melalui saluran-saluran yang sedia ada.

Siapakah yang menangung kos anggota tiruan ini ?

Bagi pesakit yang digolong di bawah kategori B40 , permintaan bantuan ini akan ditanggung dibawah program PEKA B40 yang dibawah kawal selia Protect Health Corporation yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hospital-hospital Utama ini juga dapat menggunakan bajet mereka sendiri iaitu Tabung Bantuan Prostetik & Ortotik diamanahkan kepada Jabatan-Jabatan Perubatan Rehabilitasi Utama.

Namun demikian bantuan ini hanya untuk warganegara Malaysia. Pemaustin Tetap, pelarian dan warganegara asing tidak dapat menerima bantuan dari skim-skim yang diterangkan diatas.

Apakah jangka masa untuk mendapatkan bantuan ini ?

Anggaran masa untuk mendapatkan kaki atau tangan palsu daripada perjumpaan pertama dengan pakar rehabilitasi sehingga proses pemakaian anggota tiruan adalah dari 4 sehingga 12 bulan pada kebiasaanya.

Bagaimanakan pelarian dan pemaustin tetap yang miskin mendapatkan bantuan ?

Pesakit dari golongan ini boleh menghubungikan “non-governmental organisations” (NGO) seperti Rotary International untuk mendapat bantuan.

Siapakah yang akan membuat anggota tiruan percuma ini ?

Kaki atau tangan palsu ini akan direka khas oleh pakar prostetik & ortotik yang bertauliah. Langkah pertama yang akan diambil adalah untuk mengukur dan mengambil acuan “stump”. Dengan acuan ini , soket akan direka dan komponen akan dipasang.

Setelah proses ini selesai , kaki atau tangan yang siap akan dicuba oleh pesakit. Pakar tersebut akan memberi latihan berjalan dan juga membuat penyelenggaran jika perlu untuk mendapatan “fitting” yang sempurna.

Kaki tersebut akan diberikan kepada pesakit selepas proses “check out” dibuat oleh doktor rehabilitasi.

Proses “check out” ini dilakukan untuk memastikan pesakit tersebut selesa memakai anggota palsu  tersebut.

Adakah kaki atau tangan palsu yang diberikan percuma ini bermutu rendah ?

Pada masa kini , kesemua komponen anggota tiruan yang diberikan adalah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Kaki atau tangan yang diberikan oleh kerajaan untuk golongan B40 adalah menggunakan komponen asas. Komponen asas ini adalah cukup untuk seorang pulang ke kehidupan biasa.

Untuk mereka mempunyai kemampuan kewangan, pelbagai komponen yang canggih sehingga komponen bionik boleh digunakan bergantung kepada keperluaan mereka.


Contact Info:

Visit us: https://artalive.com.my/

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

E-Mail: info@artalive.com.my

Contact: +60 3-4032 4273

Author: Sudarsan Swain


Monday, July 19, 2021

KUMURUNGAN SELEPAS PEMOTONGAN

Kehilangan anggota badan mungkin mencetuskan tindakbalas psikologi seperti kesedihan, di mana akan menjurus kepada kemurungan. Hal ini bukan sesuatu yang baharu dan dapat diatasi dengan bantuan yang betul daripada pihak prostetik dan penjaga pesakit.


Kesan Psikologi Pemotongan

Sebahagian petunjuk kepada kemurungan merangkumi: 

• Perubahan jadual pemakanan; sama ada berlebihan atau tiada pengambilan langsung

• Kurang berminat

• Meragam/terlalu bersemangat

• Perubahan waktu tidur

• Kurang motivasi

• Perasaan terpinggir – merasa tersisih dari persekitaran sosial

• Pengabaian terhadap kehidupan dan keadaan sekeliling

Penerimaan Psikologi terhadap Pemotongan

Sebahagian besar, terdapat empat fasa berbeza terhadap pemotongan.

Peringkat Pra-operasi

Seperti tersebut, peringkat ini adalah sebelum aktiviti pemotongan berlaku. Sekiranya terdapat peluang untuk pesakit bersedia secara intelektual bagi menjalani prosedur perubatan, adalah keadaan di mana mereka mengharapkan kurangnya penderitaan dan dalam penerimaan.

Walau bagaimanapun, terdapat sisi lain di mana pesakit akan merasa gelisah dan khuatir terhadap:

• Perubahan secara keseluruhan

• Bagaimana mereka dipandang oleh masyarakat

• Kehilangan dorongan seksual / keakraban kerana kritikan

Peringkat Pasca-operasi Pantas

Pada peringkat ini, pesakit seringkali menghadapi: 

• Kukusutan dan penderitaan

• Penyesuaian norma kehidupan baharu

• Kerisauan tiada penerimaan masyarakat

Pemulihan di dalam Hospital

Merupakan peringkat asas, dengan kesan sepenuhnya terhadap pemotongan: pesakit, rakan dan keluarga, dan staf klinik perubatan. Peringkat di mana penafian berlaku, dan seringkali membingungkan orang sekeliling; pesakit mungkin ingin berusaha dengan lebih baik atau memperbaiki diri. Berkemungkinan juga ada sedikit perubahan adrenalin; namun, secara berkala disebabkan oleh kemerosotan serotonin, meninggalkan pesakit dalam kesedihan dan kepiluan.

Bagaimana melakukan pemulihan kendiri di rumah

 

Apabila pesakit berada di rumah, peringkat terakhir mungkin mencapai fasa kedua penerimaan. Hakikat ini tidak terjangka di mana pesakit akan berasa lebih murung dan sedih. Hal ini menyebabkan kekecewaan, keresahan dan sebagainya.

Bagaimana untuk Mengatasi Kemurungan Selepas Pemotongan

Ingatlah bahawa manusia mampu menerima persekitaran baharu. Ramai individu telah mengatasi dilema pemotongan, dan pelbagai agensi turut boleh menawarkan bantuan yang betul


Contact Info:

Author Name: Sudarsan Swain

Visit us: https://artalive.com.my/

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email: info@artalive.com.my

Contact: +60 3-4032 4273




Artalive- Menyokong Anggota Badan Prostetik yang Boleh Dicapai dan Mampu Milik

Anggota badan prostetik telah menjadi inovasi yang mengubah hidup berjuta-juta orang di seluruh dunia. Mereka menawarkan harapan dan kebebas...