Malaysia sebagai negara penyayang dan direstui kurniaan Allah s.w.t sentiasa berusaha untuk menjaga dan membela Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi seorang yang telah mengalami amputasi kaki atau tangan. Cara termudah untuk mereka pulang ke kehidupan biasa adalah untuk memakai kaki atau tangan palsu.
Walaubagaimanapun untuk seorang yang tergolong dalam kalangan B40, kos pembelian kaki atau tangan palsu ini mungkin menjadi suatu masalah. Kos permulaan kaki palsu yang sederhana bermula daripada RM 3,500 dan RM 4,500 bagi tangan palsu dan dapat mencecah ke ratusan ribu ringgit.
Untuk membantu golongan ini , kerajaan Malaysia melancarkan pelbagai skim untuk membantu golongan ini untuk mendapatkan anggota tiruan ini secara percuma.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anggota tiruan percuma ini?
Langkah pertama yang perlu diambil oleh seorang yang ingin mendapat bantuan ini adalah untuk mendapatkan surat rujukan ke Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital- Hospital Utama Kerajaan daripada klinik komuniti kerajaan atau swasta.
Dengan surat rujukan ini , pesakit ini akan diberikan temujanji untuk mendapat konsultasi dari pakar rehabilitasi . Pakar tersebut akan meneliti keadaan pesakit tersebut dan mengesyorkan kaki atau tangan palsu yang sesuai dipakai. Pengesyoran ini selalunya akan dibuat bersama dengan Pakar Prostetik & Ortotik.
Pada ketika ini ,pesakit harus memaklumkan kepada pakar tersebut keadaan kewangan mereka dan meminta bantuan anggota tiruan.
Dengan ini , doktor tersebut akan merujuk pesakit kepada Jabatan Sosial Kerja Perubatan untuk menemuramah dan mendapatkan kepastian bahawa pesakit tersebut benarnya memerlukan bantuan.
Setelah kepastian dicapai , bantuan akan diproses melalui saluran-saluran yang sedia ada.
Siapakah yang menangung kos anggota tiruan ini ?
Bagi pesakit yang digolong di bawah kategori B40 , permintaan bantuan ini akan ditanggung dibawah program PEKA B40 yang dibawah kawal selia Protect Health Corporation yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hospital-hospital Utama ini juga dapat menggunakan bajet mereka sendiri iaitu Tabung Bantuan Prostetik & Ortotik diamanahkan kepada Jabatan-Jabatan Perubatan Rehabilitasi Utama.
Namun demikian bantuan ini hanya untuk warganegara Malaysia. Pemaustin Tetap, pelarian dan warganegara asing tidak dapat menerima bantuan dari skim-skim yang diterangkan diatas.
Apakah jangka masa untuk mendapatkan bantuan ini ?
Anggaran masa untuk mendapatkan kaki atau tangan palsu daripada perjumpaan pertama dengan pakar rehabilitasi sehingga proses pemakaian anggota tiruan adalah dari 4 sehingga 12 bulan pada kebiasaanya.
Bagaimanakan pelarian dan pemaustin tetap yang miskin mendapatkan bantuan ?
Pesakit dari golongan ini boleh menghubungikan “non-governmental organisations” (NGO) seperti Rotary International untuk mendapat bantuan.
Siapakah yang akan membuat anggota tiruan percuma ini ?
Kaki atau tangan palsu ini akan direka khas oleh pakar prostetik & ortotik yang bertauliah. Langkah pertama yang akan diambil adalah untuk mengukur dan mengambil acuan “stump”. Dengan acuan ini , soket akan direka dan komponen akan dipasang.
Setelah proses ini selesai , kaki atau tangan yang siap akan dicuba oleh pesakit. Pakar tersebut akan memberi latihan berjalan dan juga membuat penyelenggaran jika perlu untuk mendapatan “fitting” yang sempurna.
Kaki tersebut akan diberikan kepada pesakit selepas proses “check out” dibuat oleh doktor rehabilitasi.
Proses “check out” ini dilakukan untuk memastikan pesakit tersebut selesa memakai anggota palsu tersebut.
Adakah kaki atau tangan palsu yang diberikan percuma ini bermutu rendah ?
Pada masa kini , kesemua komponen anggota tiruan yang diberikan adalah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.
Kaki atau tangan yang diberikan oleh kerajaan untuk golongan B40 adalah menggunakan komponen asas. Komponen asas ini adalah cukup untuk seorang pulang ke kehidupan biasa.
Untuk mereka mempunyai kemampuan kewangan, pelbagai komponen yang canggih sehingga komponen bionik boleh digunakan bergantung kepada keperluaan mereka.
Contact Info:
Visit us: https://artalive.com.my/
No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia
E-Mail: info@artalive.com.my
Contact: +60 3-4032 4273
Author: Sudarsan Swain
No comments:
Post a Comment