Kemungkinan besar, ujian yang paling ketara yang dihadapi oleh kebanyakan OKU yang mengalami
amputasi atau kekudungan badan adalah untuk bergerak. Sebab utama tangan atau kaki seseorang itu
diamputasi adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka. Walaubagaimanapun tragedi geri ini bukan
bermaksud kehidupan mereka berakhir. Dengan bantuan teknologi prostetik terkini , mereka dapat
meneruskan semula kehidupan mereka dengan tidak menghiraukan kehilangan kaki atau tangan
mereka. Mereka dapat kembali berkerja dan hidup secara normal.
Peralatan Prostetik harus memenuhi keperluan anda.
Peralatan prostetik harus direka secara khas mengikut keperluan pesakit tetapi ada syarikat-syarikat
anggota tiruan yang memberi peralatan “ready made” atau “one size fits all”. Peralatan seperti ini tidak
akan memberi keselesaan dan fungsi yang diperlukan. Misalnya ada pengguna anggota tiruan yang akan
reda bahawa mereka tidak dapat mengawal kaki palsu mereka tetapi ianya tidak benar. Mereka dapat
mengawal kaki palsu tersebut dengan menggunakan otot dan sendi yang sedia ada. Kawalan ini dapat
dicapai secara sepenuhnya dengan pemulihan fisioterapi dan latihan “gait’ yang diberikan oleh pasukan
rehabilitasi. Namun pelbagai pesakit tidak dapat mecapai tahap ini kerana dipasang dengan anggota
tiruan yang bermutu rendah.
Sebilangan besar individu yang mengunakan peralatan prostetik & ortotik yang bermutu rendah akan
terdedah kepada bahaya yang tidak terhingga dan juga terpaksa membaiki peralatan tersebut secara
kerap. Oleh kerana kesilapan pembuat kaki atau tangan palsu yang tidak bertauliah ini, rehabilitasi
pesakit tidak dapat dilengkapakan . Oleh kerana ini , kesemua OKU harus memilih pakar prostetik & ortotik (Cerfified Prosthesist & Orthosist) yang mempunyai ijazah dalam bidang prostetik & dan ortotik.
Mereka juga harus mempunyai perakuan International Society of Prosthetics & Orhtotics (ISPO) atau
badan-badan yang setarafnya.
- Apabila anda memilih peralatan prostetik, besar kemungkinan anda telah membuat kajian
secara atas talian tetapi diskusi dengan pakar prostetik & ortotik mengenai kemusykilan dan
kajian anda amatlah penting.
- Dengan adanya pelbagai jenis teknologi didalam bidang prostetik & ortotik , anda mungkin
dihujani dengan terlalu banyak maklumat. Maklumat yang banyak ini mungkin mengelirukan
anda. Namun diskusi terperinci dengan pakar P&O dapat membantu anda memilih peralatan
yang paling sesuai mengikut tahap aktiviti dan bajet anda.
Ianya disarankan bahawa anda membawa rakan atau saudara yang dipercayai ketika anda memulakan
perjalanan mencari anggota tiruan yang sesuai. Ingatlah bahawa ada peralatan pengganti yang sesuai
untuk hampir semua keadaan yang dapat dibayangkan oleh anda. Penjagaan ortotik juga merupakan
komponen penting setelah anda memakai anggota tiruan yang sesuai.
Contohnya, bagi wanita yang menjalani mastektomi kerana tidak sesuai untuk menjalani prosedur
rekonstruktif payudara . Prostetik payudara adalah sesuatu yang memberikannya keharmonian kepada
jiwa setelah kesukaran yang dialami.
Terdapat pelbagai ortotik dan prostetik yang dibuat secara khas untuk keadaan sedia ada anda dan
peralatan ini dapat direka untuk memberikan rupa kosmetik yang sama seperti sebelum anda
mengalami amputasi. Dengan ini, rupa estetik yang diidami dapat dicapai.
Pada kesimpulannya, prostetik yang bermutu tinggi dapat mengembalikan keupayaan dan daya
bergerak penuh kepada pemakainya. Misalnya, kaki palsu yang baik dapat membantu seseorang pulih
keupayaannya untuk berjalan tanpa menggunakan tongkat.
Selalunya tangan dan lengan tiruan yang murah hanya dapat memberi fungsi aktiviti terhad Pada era
teknologi maklumat ini , teknologi klinikal berkembang dengan cepat dan pelbagai prototaip tangan
baru dicipta. Anggota tangan tiruan yang berteknologi tinggi ini dapat membuat pelbagai jenis
pengerakan semula jadi seperti memutar, membuka, atau menutup secara sendiri.
Jelasnya bahawa dengan kemajuan teknologi, tidak lama lagi ia akan sukar untuk mengenalpasti bahawa
seseorang itu memakai anggota tiruan atau tidak. Dengan ini , perkataan OKU dapat secara benarnya
ditukar kepada orang-orang istimewa.
Contact Info:
Author Name: Sudarsan Swain
Visit us: https://artalive.com.my/
No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia
Email: info@artalive.com.my
Contact: +60 3-4032 4273