Tuesday, August 30, 2022

Cara Mudah Memakai Kaki Prostetik Anda

Mempelajari cara penjagaan prostetik anda adalah penting tetapi cara memakai dan membukanya juga adalah perkara asas dan paling utama untuk seseorang pengguna prostetik. Jangan risau, pakar perubatan prostetis akan membimbing anda dengan cara yang betul supaya anda dapat berdikari dan bebas bergerak tanpa sebarang masalah. Pakar kami di Artalive telah menyediakan langkah-langkah mudah untuk pemakaian kaki prostetik anda. Baca blog kami untuk lebih lanjut.




1) Pertama, duduk di permukaan rata untuk elakkan berkedut, lipat stokin anda atau tarik dengan berhati-hati ke bahagian kaki. Parut luka anda tidak seharusnya menyentuh jahitan.


2) Bengkokkan lutut palsu dan halakan kaki palsu ke arah luar. Sekiranya lutut anda terkunci, lunjurkannya dengan menekan bahagian tuas dengan ibu jari di bahagian depan soket.


Nota: Untuk memastikan kunci berfungsi dengan baik untuk sesetengah lutut, anda perlu menggunakan tekanan. Untuk sesetangah kes besar, ahli prostetis akan maklumkan jika lutut anda memerlukan tekanan pada jari kaki.


3) Masukkan lebihan kaki (kudung), pastikan kaki ditarik sedikit.


4) Balutkan tali pinggang keliling pinggang dan kancingkan di bahagian depan.


5) Lipat stokin ke atas bingkai soket. Ini memberikan lebih keselesaan dan mengelak daripada menggelungsur ke bawah.


6) Sebelum memakai t-shirt atau blaus, silangkan tali bahu ke arah berlawanan dari tangan yang memegangnya dan ketatkan pada butang di bahagian hadapan bengkung pelvis.


7)Letakkan kaki prostetik anda sedikit ke hadapan semasa anda duduk di hujung katil. Menggunakan tangan, tolak diri anda untuk bangun. Masukkan kaki kudung ke dalam soket untuk ketatkan penyambung lutut. Jika anda mempunyai rangka berjalan, bangun dan berdiri tegak.


8)Sekiranya anggota palsu anda mempunyai kunci pada bahagian lutut, ia akan terkunci serta-merta dan anda akan mendengar bunyi klik. Pastikan lutut dikunci dengan betul sebelum anda mula berjalan.


9)Periksa kaki palsu anda sama ada ia menghala sedikit keluar dengan melihat ke bawah. Jika tidak, duduk semula dan laraskan semula kaki kudung anda ke dalam soket atau laraskan tali pinggang dan tali bahu. Masukkan kaki anda ke dalam seluar, tarik dan kancingkan.


Selesai. Kini anda sudah boleh berjalan. Ini adalah beberapa langkah yang perlu anda ketahui untuk menggunakan kaki prostetik anda.


Feel free to Contact us

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Mail ID - info@artalive.com.my

Phone- +60 3-4032 4273

No comments:

Post a Comment

Artalive- Menyokong Anggota Badan Prostetik yang Boleh Dicapai dan Mampu Milik

Anggota badan prostetik telah menjadi inovasi yang mengubah hidup berjuta-juta orang di seluruh dunia. Mereka menawarkan harapan dan kebebas...