Prostetik Anggota Atas dan Anggota Bawah sudah biasa diguna untuk masa yang agak lama. Prostetik membantu untuk mengganti anggota badan yang hilang. Dan ia telah semakin maju dan lebih kompleks dengan kemajuan masa dan teknologi. Mari kita belajar prostetik secara terperinci dengan panduan blog ini.
Pilih Parameter untuk Prostetik
Anggota tiruan yang digunakan untuk menggantikan bahagian badan yang tertentu dikenali sebagai prostetik. Faktor berikut menentukan jenis prostetik yang diguna:
Anggota badan yang terkesan.
Posisi bahagian badan yang terkesan
Kawasan pembedahan
Keadaan anggota badan yang masih ada.
Jenis Prostetik
Jenis prostetik agak berbeza ikut komponen badan yang perlu diganti. Secara umum, hanya dua bahagian badan — lengan dan kaki boleh menentukan jenis prostetik yang diguna. Jenis ini membantu dalam penggantian sepenuh atau sebahagian amputasi lengan dan kaki.
Prostetik Transradial ( Amputasi Bawah Siku )
Jenis prostetik ini dipakai pada lengan di bawah siku. Lengan dan pergelangan tangan ialah ciri-ciri anggota prostetik trans-radial. Kabel dan wayar ialah penambahbaikan yang terkini dalam jenis prostetik ini.
Prostetik jenis ini berikan fungsi lengan seperti robot. Dengan prostetik canggih ini, pesakit boleh mengendalikan lengan mereka seperti tangan yang sebenar.
Prostetik Transtibial (Anggota Bawah Lutut)
Prostetik jenis ini diguna pada bahagian kaki bawah lutut. Ia membantu dalam pemulihan fungsi anggota badan yang biasa. Ini kerana kebanyak bahagian kaki masih dalam keadaan yang baik. Dengan ini, ia boleh membantu memulihkan mobiliti dengan berkesan. Pesakit yang menggunakan prostesis jenis ini juga boleh mengambil bahagian dalam sukan.
Semasa mencipta prostetik ini, sila menitikberat pada bahagian dibawah tekanan yang tinggi dan bahagian yang lembut. Keselesaan pesakit amat penting kerana prostetik perlu sokong keseluruhan berat badan. Sebahagian besar prostetik ini menggunakan sistem soket atau pin.
Prostetik Transfemoral (Amputasi Atas Lutut.)
Jenis prostetik ini digunakan pada bahagian atas lutut. Prostetik ini perlu ambil lebih banyak masa untuk diguna secara berkesan. Ini kerana anggota prostetik ini lebih panjang daripada anggota yang terkesan. Dalam jenis prostesis ini, menggunakan teknologi baru termasuk pam hidraulik. Kemajuan perubatan moden ini membenarkan proses pemulihan yang lebih cepat kepada pesakit.
Jadi anda tidak perlu risau, ArtAlive menyediakan segala keperluan Prostetik anda. Kunjungi laman web kami dan dapatkan butiran lanjutan mengenai Prostetik Anggota Atas dan Anggota Bawah.
Contact Info:
Visit us: https://artalive.com.my/
No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia
E-Mail: info@artalive.com.my
No comments:
Post a Comment